Program Jom Berambeh Sempena Hari Belia & Bskn Anjuran Bersama Kampung Belawai & Briged Sukarelawan Khdmat Negara
16 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2018, Kelab Belia dari Kampung Belawai telah mengadakan Program Jom Berambeh Sempena Hari Belia & BSKN Anjuran Bersama Kampung Belawai & Briged Sukarelawan Khdmat Negara. Program tersebut bertempat di Tapak Pesta Belawai di mana tempat tersebut sememangnya menjadi tumpuan para pengunjung pada hujung minggu. Ramai pengunjung yang datang bersama-sama memeriahkan lagi program tersebut. Turut dijemput untuk merasmikan Program Jom Berambeh iaitu Datuk Norah Abdul Rahman selaku Ahli Parlimen P206 Tanjung Manis. Beliau memberi ucapan alu-aluan dan juga berasa sangat bangga dengan majlis yang julung kali diadakan oleh para belia di Kampung Belawai.
Selain itu, rakan seperjuangannya Dr. Shafie Bin Hj. Lugom juga turut menghadiri program ini dan memberi motivasi kepada penduduk setempat di situ, khususnya bagi para belia. Ini kerana, belia adalah bakal pemangkin negara dan akan menentukan corak masa depan negara. Di samping itu, sukan rakyat juga diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara penduduk di kawasan itu. Antara aktiviti yang dipertandingkan seperti, bola sepak, tarik tali, memancing dan juga pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak dan warga emas. Dalam kesempatan tersebut, pihak PI Tanjung Manis dann juga PI Jerijeh tidak melepaskan peluang ini untuk bersama-sama dengan komuniti di situ. Booth pameran untuk Pusat Internet dibuka bagi memberi penerangan kepada yang berkunjung mengenai khidmat dan fungsi yang disediakan.
Risalah juga di agihkan kepada mereka bagi berkongsi info yang berguna terutamanya mengenai e-waste dan Klik Dengan Bijak. Agensi-agensi yang lain juga ada membuat pameran untuk orang ramai. Tidak ketinggalan juga, para usahawan dan peniaga tempatan ada menjual hasil dan produk mereka sempena program tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: